Posts

Showing posts from February, 2013

Siti Hajar

Assalamualaikum. Korang pernah dengar pasal Siti Hajar ? Mesti kenal kan ? Cerita Arwah telah membuka mata aku tentang kepentingan dakwah. Aku sedar hidup aku tidak sempurna. Aku perlu perbetulkan hidup aku sebelum aku mampu nak dakwah orang lain. Kisah hidupnya sebelum kembali ke rahmatullah telah menyedari ramai pihak tentang kepentingan berdakwah. Aku yang sihat walafiat ni pon tak berdakwah. Inikan wanita tersebut yang sedang nazak mampu melakukannya. Ya Allah , betapa mulianya insan yang bernama Siti Hajar ini. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (al-fatihah).  Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 6 Jan 2013 (Ahad) Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu. 7 Jan 2013 (Isnin) Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula mem