Al-fatihah buat arwah Yasmin

assalamualaikum. sekejap ada , sekejap hilang. sory guys. Agak buzy lately. Chewahhh , macam bussinesswoman pulakk . Hari ni aku nak cerita tentang seseorang yang baru sahaja meninggal 2 hari lepas. Mungkin ada yang dah boleh meneka , ya . Arwah bernama Yasmin Hunwick. Umur 17 tahu sama macam aku.. Merupakan anak sulung dalam keluarganya. Pemain piano.


Sebenarnya aku tak pernah kenal dia siapa . On that day yang dia meninggal , aku nampak kawan aku post kat twitter. So aku pon mula stalk Yasmin. She's pretayyyyyy. Very ! Dia ahli cheerleader. Cerita tentang kematiannya memang amat-amat menggerikan. Dia kena langgar dengan lori masa dia tengah bawak moto with her two friends. Let me tell you the truth , walaupun aku tak pernah kenal arwah , bila aku dengar cerita tentang dia , aku SEBAK . Pelajar yang sama-sama nak ambil SPM dengan aku , budak yang pintar and yet Allah lebih menyayanginya.. Sebenarnya arwah dah dapat petujuk dari Allah lebih awal. Dia pernah bermimpi buruk .
captured dari blog dia.

Post tu bertarikh 27 March 2012. Kadang-kadang Allah bagi petunjuk untuk umatnya apabila tibanya waktu Dia ingin kita kembali , tapi ada kalanya juga kita tidak diberi apa-apa petunjuk dan terus-terusan hanyut di lembah dosa. Ya Allah , aku memohon pabila tiba waktunya nanti , aku juga memohon agar diberi putunjuk seperti ini Ya Allah supaya aku lebih bersedia untuk bertemu denganmu Ya Allah. Arwah sekali lagi membari petunjuk buat kali kedua di Instagramnya. Kali ini dia post gambar sebuah buku. 


twitternya sudah di-delete. 

Alang-alang korang dah baca sampai sini , mari kita sedekahka Al-FATIHAH kepada arwah Yasmin dan kawan-kawannya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Aminnnn. Ya Allah , begitu kuat sekali kau menguji hamba-hambamu ini. Aku takut jika aku tak mampu menghadapi semua ini. Kuatkan hatiku Ya Allah. Sekian.

withlove,
fafalovesyou

Comments

Popular posts from this blog

Siti Hajar

Master atau Kerja?